KLIK SINI !!!

Tuesday, August 4, 2009

SEJARAH PRASEKOLAH

Praseolah SK Palong 5(F) ditubuhkan pada tahun 1992 dengan menggunakan bilik stor sukan untuk dijadikan kelas prasekolah.Pada waktu itu,prasekolah dibawah pengurusan Puan Rabiah binti Osman.Setelah 7 tahun berkhidmat sebagai guru Prasekolah,beliau telah berpindah ke Melaka.

Prasekolah kemudian digantikan dengan Puan Jamiah bt Mustaffar. beliau sempat menerajui prasekolah selama setahun sahaja kerana berpindah ke Perak.

Namun begitu,Prasekolah SK Palong 5(F),telah menerima seorang tenaga pengajar.Beliau ialah Encik Rapigi bin Awang Noh.Dibawah pengurusannya, beliau telah meminta pandangan Guru Besar untuk memohon peruntukan baik pulih kelas dan taman permainan kanak-kanak.Hasilnya peruntukan diluluskan .

Permohonan kemasukkan ke prasekolah yang terlalu ramai menyebabkan Encik Rapigi sekali lagi meminta pandangan Guru Besar untuk memohon peruntukan naik taraf dan tambahan kelas prasekolah daripada pentadbiran sekolah.Permohonan tersebut diluluskan dan kini kelas prasekolah SK Palong 5(F) mempunyai 2 kelas.

No comments:

Post a Comment