KLIK SINI !!!

Sunday, July 26, 2009

RROGRAM "FLORA" PRASEKOLAH SKP 5



LAWATAN PENANDA ARAS BERSAMA JPNS KE PRASEKOLAH KEDAH DAN PERLIS



LAWATAN KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

GAMBAR PROGRAM PRASEKOLAH

GAMBAR PROGRAM PRASEKOLAH

FAKTOR PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH

Guru dan pelaksana tadika perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah iaitu :

- ciri-ciri kanak-kanak
- alam persekitaran
- prinsip pembelajaran
- aktiviti yang dirancang

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dalam melaksanakan program prasekolah,guru dan pelaksanaan tadika tidak perlu mengetahui dan memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini, ini bertujuan agar mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur ,kemampuan ,kebolehan dan minat murid.Untuk keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak kurikulum perlu dirancang dan distrukturkan mengikut :

# titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat.

# bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak.

# merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pembelajaran dan pengajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :

# Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif dan menjadi warganegara yang patriotik.
# Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
# Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
# Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
# Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam .
# Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
# Mempunyai kemahiran kognitif ,kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
# Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
# Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik, dan,
# Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

TERAS PERKHIDMATAN

# Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
# Bekerja dengan penuh tanggungjawab
# Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
# Bekerjasama kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
# Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

ETIKA KERJA ISLAM

ETIKA KERJA ISLAM

# Bekerje dengan azam mengabadikan diri kepada Allah
# Bekerja dengan ikhlas dan amanah
# Bekerja dengan tekun dan cekap
# Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
# Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan ,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Datang Ke Prasekolah SK Palong 5(F)

Dipersilakan menggunjungi laman blog ini.